• SEKOLAH

  • GURU & PELAJAR

  • IBU BAPA & PENJAGA

  • Berilmu, Beriman, Beramal
    SMA Nilai Terus Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
    1973
    Tahun Penubuhan
    52
    Tahun
    262
    Pelajar
    53
    Tenaga Pengajar

    Berita SMA Nilai

    PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SMA NILAI 2025 DI RANTAU AGRO PARK SEREMBAN

    Tarikh: 26.10.25


    RANTAU – Rantau Agro Park menjadi saksi kepada kemeriahan dan semangat juang pelajar SMA Nilai dalam Perkhemahan Perdana Unit Beruniform yang berlangsung selama dua hari, dari 24 hingga 25 Oktober 2025. Dikelilingi kehijauan alam dan suasana yang mendamaikan, perkhemahan ini berjaya menghimpunkan pelajar dari pelbagai unit beruniform seperti Kadet Polis, Pengakap, Puteri Islam, Briged Bakti Malaysia dan Kadet Remaja Sekolah.

    Program anjuran Unit Kokurikulum SMA Nilai ini bertujuan memupuk nilai kepimpinan, disiplin, dan kerjasama dalam kalangan pelajar melalui pelbagai aktiviti berasaskan pembentukan sahsiah dan semangat berpasukan.


    Pengetua SMA Nilai, Tn. Hj. Mohammad Noh bin Sujud dalam ucapannya menzahirkan rasa bangga terhadap komitmen dan semangat pelajar sepanjang program. Beliau turut menyatakan harapan agar perkhemahan ini menjadi platform untuk membentuk sahsiah unggul dan semangat setia kawan dalam kalangan pelajar.

    Dengan sambutan hangat dan penyertaan aktif, Perkhemahan Perdana 2025 ini bukan sahaja mencipta kenangan manis, malah mengukuhkan semangat SMA Nilai sebagai institusi yang mendidik bukan sekadar di bilik darjah, tetapi juga di medan kehidupan sebenar.

    6 PELAJAR SMA NILAI BERJAYA KE SARINGAN AKHIR HAFAZAN AL-QURAN

    Tarikh: 24.10.25


    PAROI, 24 Oktober – Sekolah Menengah Agama (SMA) Nilai melakar kejayaan membanggakan apabila seramai enam (6) orang pelajarnya berjaya menempatkan diri dalam Saringan Akhir Hafazan al-Quran Akademi Taranum Negeri Sembilan (AKTAR) Sesi 2025/2026.

    Saringan akhir yang berlangsung selama dua hari (22 hingga 23 Oktober 2025) di dewan Pusat Dakwah Islamiah, Paroi ini menyaksikan persaingan sengit melibatkan 60 peserta terbaik dari seluruh Negeri Sembilan yang telah melepasi saringan awal. Para pelajar SMA Nilai berjuang dalam kategori yang berbeza, iaitu Juzuk 1-10, Juzuk 1-20, dan Juzuk 1-30.

    Dalam suasana penilaian yang teliti, kesemua enam pelajar yang hadir memperdengarkan bacaan serta hafalan al-Quran di hadapan barisan panel juri AKTAR yang bertugas menilai kelayakan mereka ke peringkat seterusnya.

    Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan SMA Nilai dalam melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga dalam penghayatan dan penguasaan ilmu al-Quran.

    Peserta yang terpilih dari saringan akhir ini akan melayakkan diri untuk mewakili Negeri Sembilan ke Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Negeri yang dijadualkan pada tahun hadapan. Pencapaian ini diharapkan dapat menyuntik semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk terus berusaha keras dalam memartabatkan hafazan al-Quran.

    SMA NILAI PERKASAKAN STEM DAN NILAI MADANI: 45 PELAJAR TINGKATAN 5 SERTAI PERKHEMAHAN ILMU INTENSIF DI DAS PULAU CABIN

    Tarikh: 17.10.25


    BATU KIKIR  Sekolah Menengah Agama Nilai (SMA Nilai) telah mengambil langkah proaktif dalam memperkasa akademik dan sahsiah pelajar dengan menganjurkan Perkhemahan Ilmu Sains dan Matematik selama tiga hari. Program yang berlangsung dengan jayanya di Das Pulau Cabin ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Pusat Libat Sama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI) dan Pusat Tamhidi dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

    Seramai 45 pelajar Tingkatan 5 SMA Nilai telah dipilih untuk menyertai program intensif ini. Perkhemahan ini diatur sebagai persediaan kritikal menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bertujuan untuk memperkukuh penguasaan mereka dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui kaedah pembelajaran yang lebih interaktif dan berkesan.

    Program ini, yang merupakan salah satu inisiatif di bawah payung Sekolah Angkat MADANI, bukan sekadar tertumpu kepada kecemerlangan akademik, malah menekankan pembangunan sahsiah dan penerapan nilai-nilai MADANI. Pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah dijalankan, termasuklah Mystery Box Challenge, Escape Room STEM, riadah pagi, tazkirah kerohanian, dan sesi BBQ santai, yang kesemuanya dirangka untuk memupuk semangat kerjasama, kepimpinan, dan integriti.

    Lebih menarik, perkhemahan ini turut berfungsi sebagai platform penting bagi pemindahan ilmu. Pensyarah dari USIM (melalui PLiMJI dan Pusat Tamhidi) turun padang untuk berkongsi kepakaran mereka dengan pelajar sekolah, suatu pendekatan yang selaras dengan model pendidikan INAQ USIM (Integrasi Naqli dan Aqli), memastikan pelajar menerima pendedahan ilmu kontemporari yang seimbang dengan nilai keagamaan.

    Program tiga hari ini diharap berjaya menyuntik semangat dan motivasi baharu kepada pelajar Tingkatan 5, sekali gus memperkukuhkan ikatan ilmu dan nilai dalam usaha melahirkan generasi pelajar yang berilmu dan bersahsiah mulia selaras dengan hasrat pendidikan MADANI.

     

    Pengetua SMA Nilai

    SMA Nilai komited untuk menjadi institusi pendidikan Islam yang unggul dengan penekanan terhadap kecemerlangan akademik, hafazan Al-Quran, dan kokurikulum. Fokus utama 2025 adalah mencapai sasaran-sasaran berikut:-

    • Mengekalkan SABK No. 1 di Negeri Sembilan (SPM)
    • Top 10 terbaik SABK kebangsaan (SPM)
    • Top 5 pencapaian khatam 30 Juzuk kebangsaan
    • Top 10 sekolah menengah NS (SPM)
    • 100% KPI Hafazan Bulanan Menengah Atas
    • Sifar Kes Disiplin Berat & Sederhana
    • Kehadiran Melebihi 96%
    • 80% Amalan Sahsiah Terpuji Murid
    • SPM: Sasaran GPS 1.53 (2025)
    • UASA: Sekurang-kurangnya 6 mata pelajaran lulus
    • Tahfiz: Tambahan 5% murid khatam 30 juzuk
    • PBD: 75% murid capai TP3 ke atas setiap subjek
    Sahsiah:
    • Kehadiran > 96%
    • Intervensi sifar buli/gangguan seksual
    • Tiada ponteng kelas malam
    • 5% pengurangan kes disiplin
    • 80% amalan baik
    • Konsisten 5S & Tadabbur al-Quran
    Hal Ehwal Murid:
    • Keceriaan dorm meningkat
    • Kelas lengkap dengan kemudahan asas
    • Bantuan kewangan untuk semua yang layak
    • Kantin & Dewan Makan Gred A
    • Tahap Asrama Selamat
    • GPS Kokurikulum: 1.20
    • 90% Tingkatan 4 & 5 Gred A
    • 100% murid dapat sekurang-kurangnya Gred B
    • 3 Johan KESSUMA
    • 2 Johan MSSD
    • 5 murid ke peringkat Kebangsaan
    • Johan Keseluruhan ILSS Daerah
    • 50% penyertaan Daerah, 40% Negeri, 30% Kebangsaan
    Kunjungi Kami di Facebook!

    HASRAT KECEMERLANGAN SMA NILAI 2025





    NO. 1 SABK (NS)

    Mengekalkan SABK No. 1 di Negeri Sembilan dalam keputusan SPM


    TOP 10 SABK (MY)

    Mengekalkan Top 10 terbaik SABK peringkat kebangsaan dalam keputusan SPM


    TOP 5 KHATAM (MY)

    Mengekalkan Top 5 pencapaian khatam 30 Juzuk di peringkat kebangsaan


    TOP 10 SEK. MEN. (NS)

    Mengekalkan Top 10 terbaik sekolah menengah Negeri Sembilan dalam keputusan SPM


    100% KPI HAFAZAN

    Mencapai 100% KPI Hafazan Bulanan bagi Menengah Atas


    0% KES DISIPLIN

    Mengekalkan Sifar Kes Disiplin Berat dan Sederhana


    96% KEHADIRAN

    Mengekalkan Purata Kehadiran Melebihi 96% Setahun


    80% SAHSIAH

    Mengekalkan lebih 80% Amalan Terbaik Sahsiah Terpuji Murid