Maklumat Korporat

7.5.20

Moto

Bersama bekerja membangunkan SMA Nilai

Slogan

  • Berilmu, Beriman dan Beramal
  • SMA Nilai Terus Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang

Falsafah

Menyedari bahawa setiap murid mempunyai potensi untuk menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa, dan negara. Kesungguhan dan keikhlasan guru melaksanakan tugas mendidik melalui pendidikan duniawi dan ukhrawi akan mampu melahirkan insan kamil yang berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan, kreatif, dan inovatif ke arah kesejahteraan diri, agama, bangsa, dan negara.

Matlamat

Melahirkan generasi al-Quran yang berilmu, berkemahiran, dan berakhlak mulia melalui pembudayaan al-Quran dalam kehidupan, mengupayakan kualiti kepimpinan dan guru secara berkesan melalui sokongan dan penglibatan komuniti secara mampan, serta mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang bermakna untuk manfaat diri, agama, bangsa, dan negara.

Objektif

  • Murid dapat mencapai kelulusan yang cemerlang dalam akademik serta tahfiz dan kokurikulum.
  • Murid mempunyai sahsiah terpuji, berketrampilan, dan berwawasan tinggi melalui penerapan budaya al-Quran.
  • Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, bersih, dan kondusif bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran bermakna.
  • Mewujudkan pengurusan yang cekap, tepat, dan berintegriti.

Piagam Pelanggan Sekolah

Kami, pendidik dan kakitangan sekolah ini, berikrar dan berazam untuk melaksanakan segala amanah dalam mendidik anak didik kami melalui pendidikan serta perkhidmatan yang sempurna dan cemerlang, dengan cara:

  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti, mesra, dan penyayang kepada semua murid.
  • Memberi motivasi, bimbingan, dan didikan kepada semua murid.
  • Sentiasa menjaga kebajikan dan keselamatan murid.
  • Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif terhadap kehendak serta keperluan murid dan ibu bapa.
  • Menyediakan kemudahan kurikulum, kokurikulum, dan asrama yang selesa, lengkap, serta mencukupi mengikut keperluan murid.
  • Menguruskan kerja dengan cepat dan tepat.
  • Merancang serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik.
  • Menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Menyelesaikan kandungan kurikulum mengikut jadual yang ditetapkan atau sebelum 31 Ogos.
  • Berusaha untuk mencapai 100% kejayaan murid dalam SPM.
  • Berusaha meningkatkan penguasaan murid dalam UASA.

Logo Sekolah

Logo Sekolah Menengah Agama Nilai (Besar)

Lencana sekolah bukan sekadar simbol, tetapi membawa makna yang mendalam serta mencerminkan nilai, prinsip, dan identiti sekolah. Setiap elemen dalam lencana SMA Nilai dirancang dengan tujuan tertentu untuk menggambarkan falsafah pendidikan dan sahsiah pelajar.


1. Warna dan Simbol Utama

Warna-warna yang digunakan dalam lencana mempunyai makna tersendiri:

  • Kuning melambangkan kesetiaan dan ketaatan kepada raja serta negara, sejajar dengan prinsip Rukun Negara.
  • Hijau menunjukkan bahawa pelajaran agama menjadi asas utama dalam mendidik pelajar, di samping pelajaran akademik.

2. Lambang dan Makna

Setiap lambang dalam lencana membawa nilai tersendiri:

  • Obor melambangkan ilmu sebagai panduan hidup dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.
  • Al-Quran menjadi sumber utama dalam pembelajaran ilmu duniawi dan ukhrawi.
  • Al-Hadis berfungsi sebagai sumber rujukan kedua selepas Al-Quran dalam usaha memahami ilmu dengan lebih mendalam.

3. Identiti Negeri dan Islam

Beberapa elemen dalam lencana turut menggambarkan kedudukan sekolah serta asas pendidikan berlandaskan Islam:

  • Bintang sembilan bucu mewakili kedudukan sekolah yang terletak di Negeri Sembilan.
  • Bulan sabit menjadi simbol kepada agama Islam yang menjadi asas pendidikan sekolah.

4. Nilai Sahsiah dan Moto Sekolah

Nilai sahsiah serta falsafah pendidikan sekolah turut digambarkan melalui elemen berikut:

  • Bunga padi melambangkan sahsiah yang tinggi dan terpuji, seperti pepatah, “semakin berisi, semakin tunduk.” Ini bermakna semakin banyak ilmu yang diperoleh, semakin tinggi ketakwaan dan sikap rendah diri seseorang.
  • Slogan sekolah, iaitu Berilmu, Beriman, Beramal, menjadi pegangan utama dalam membentuk keperibadian dan kecemerlangan pelajar.

Lencana ini bukan sekadar hiasan, tetapi satu tanda identiti dan falsafah yang membawa mesej penting kepada seluruh warga sekolah dalam membentuk generasi yang berilmu, beriman, dan beramal.


Bendera Sekolah

Bendera Sekolah Menengah Agama Nilai (6ft x 2 ft)


Lagu Sekolah

Lirik Rumi Terjemahan
نحن الطلاب العلا Nahnu tullabul ula Kami penuntut-penuntut yang mulia
خير ركن للوطن Khair rukni lil-watan Sebaik-baik teras bagi Negara
تحت ظل الحق نمشي Tahta zillil haqqi namshi Kami berjalan di bawah naungan kebenaran
لا نبالي بالمحن La nubali bil-mihan Kami tidak hiraukan sebarang rintangan
شيمة الطلاب هي لا ترضى الهوان Shimat ut-tullabi faya-laa tarda hawan Dasar setiap penuntut adalah tidak rela dengan sebarang kelemahan
مبدأ الطلاب رفق قلوبهم رمز الأنام Mabda' at-tullabi rifq qolubihim ramz ul-anam Persediaan semua penuntut dengan keterbukaan hati yang menjadi harapan umat manusia
شيمة الطلاب مبدأ الطلاب Shimat ut-tullab mabda' ut-tullab Dasar semua penuntut, persediaan semua penuntut
عزم وثبات Azm wa thabat Keazaman dan keteguhan