Tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 SMA Nilai akan diumumkan melalui platform media sosial rasmi sekolah. Carta alir di bawah menunjukkan proses permohonan bagi murid tahun enam yang ingin melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 1 di SMA Nilai secara umumnya. Sila klik pada setiap peringkat carta alir dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut:
Tatacara permohonan adalah berdasarkan dua (2) kategori pemohon di bawah (sila klik):
Bagi murid di kategori ini, permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 SABK hendaklah dibuat melalui Guru Kelas Tahun 6 dengan mengisi Borang Permohonan Tingkatan 1 bagi Kelas Seliaan Negeri. Carta alir proses permohonan tersebut adalah seperti berikut:
- Bagi murid di kategori ini, permohonan kemasukan ke SMA Nilai dilakukan melalui google form. Untuk mendapatkan pautan google form serta maklumat terkini berkaitan permohonan, keputusan, dan rayuan, ikuti media sosial rasmi SMA Nilai.
- Setelah itu, serah dokumen berikut di Pondok Pengawal, Blok Pentadbiran. Susunan dokumen adalah mengikut turutan berikut:
- Senarai Semak Permohonan Kemasukan Tingkatan 1
- Salinan MyKad / Sijil Kelahiran Pemohon
- Salinan MyKad Bapa / Penjaga
- Salinan MyKad Ibu / Penjaga
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah
- Salinan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
- Salinan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)
- Salinan Sijil Pencapaian j-QAF
- Salinan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) / Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA / PSRA) / Sijil Rendah Ugama (SRU) / Syahadah Ibtidaiah Arabiah (SIA)
- Salinan Pelaporan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
- Salinan Pelaporan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)
- Salinan Pelaporan Psikometrik
- Salinan Sijil-Sijil Pencapaian yang berkaitan
- Salinan dokumen seperti yang dinyatakan di atas wajib diakui sah oleh Pengetua / Guru Besar / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional (Gred SSPA 9 ke atas) / Ketua Kampung.
- Sekiranya terdapat dokumen yang tidak lengkap / terkini / belum diterima seperti UASA dll, sila serahkan salinan dokumen tersebut pada atau sebelum tarikh sesi Ujian Bertulis dan Temuduga.
⮟
⮟
- Pada tarikh yang akan diumumkan, pemohon dari Kategori 1 (murid berdaftar dengan APDM) boleh membuat semakan panggilan ke sesi ujian hafazan dan temuduga melalui sistem semakan di pautan berikut: https://spi.jpnns.gov.my/
- Senarai calon yang terpilih untuk menghadiri sesi ujian hafazan dan temuduga bagi Kategori 1 (murid berdaftar dengan APDM) dan Kategori 2 (murid tidak berdaftar dengan APDM) turut akan diumumkan melalui kumpulan Telegram. Maklumat mengenai hari dan waktu sesi ujian hafazan dan temuduga bagi setiap calon turut disertakan.
TINDAKAN: JPNNS / SMA Nilai / Waris / Murid
⮟
⮟
Tawaran kemasukan bagi kes rayuan akan dipertimbangkan dalam tempoh tiga bulan pertama sesi persekolahan, tertakluk kepada kelayakan dan kekosongan yang ada. Selain itu, calon rayuan berkemungkinan perlu menghadiri sesi ujian hafazan dan temuduga semula sebagai sebahagian daripada proses penilaian.
Calon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak sekolah untuk pengesahan penerimaan tawaran.
Soalan Lazim (FAQ):
APDM sangat penting kerana ia memudahkan guru dan pentadbir sekolah dalam mengakses serta mengemas kini maklumat pelajar secara sistematik. Selain itu, ia juga digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tujuan pemantauan dan analisis pendidikan.
