Berilmu, Beriman, Beramal
SMA Nilai Terus Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
1973
Tahun Penubuhan
52
Tahun
262
Pelajar
53
Tenaga Pengajar

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN 1 SESI AKADEMIK 2026 DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA NILAI

Tarikh: 8.10.25

Permohonan Kemasukan Murid Tingkatan 1 Sesi Akademik 2026 di Sekolah Menengah Agama Nilai

Sekolah Menengah Agama (SMA) Nilai, sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Negeri Sembilan yang melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT), dengan ini mempelawa permohonan daripada murid Tahun 6 bagi kemasukan ke Tingkatan 1 Sesi 2026.

Poster Kemasukan Tingkatan 1 SMA Nilai 2026

Pemohon dibahagikan mengikut 2 kategori seperti di bawah. Sila klik pada setiap kategori untuk melihat butiran lengkap:

📝 Kategori A: Murid Sekolah Rendah Negeri Sembilan atau Sekolah Rendah Swasta Negeri Sembilan yang Berdaftar dengan Sistem APDM

Pemohon dari kategori ini diwajibkan menggunakan saluran rasmi bagi Kelas Seliaan Negeri (KSN) melalui Sistem APDM KPM.

Perkara Penerangan Tempoh
Lengkapkan Permohonan Murid Tahun 6 atau ibu bapa/penjaga hendaklah mendapatkan Borang Permohonan KSN daripada Guru Kelas Tahun 6. 01 hingga 29 Okt 2025
Pengembalian Borang Borang yang telah dilengkapkan perlu dikembalikan kepada Guru Kelas Tahun 6 untuk diproses. 01 hingga 29 Okt 2025
Kunci Masuk Permohonan ke APDM Pengisian permohonan Tingkatan 1 Sesi 2026 ke dalam Sistem APDM akan dilaksanakan oleh Guru Kelas Tahun 6 atau Guru Penyelaras Tahun 6. -
Perkembangan / Keputusan / Rayuan Perhatian: Tidak perlu hantar salinan dokumen ke SMA Nilai. Hanya perlu bawa salinan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2025 semasa hari temuduga.

Ibu bapa/penjaga dijemput menyertai Channel Telegramhttps://t.me/+UIaVLzzPFtpmMDNl
Sepanjang Tempoh
🔗 Kategori B: Murid Sekolah Rendah Luar Negeri Sembilan atau Sekolah Rendah Swasta yang Tidak Berdaftar dengan Sistem APDM

Bagi pemohon di bawah kategori ini, permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui platform Google Form yang disediakan.

📈Syarat Kelayakan: Pemohon perlu mencapai keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam UPKK atau gred Jayyid Jiddan dalam PSRA.

Perkara Penerangan Tempoh
Lengkapkan Permohonan Mengisi borang permohonan melalui pautan Google Form: https://forms.gle/7nn1q2DVuCcjwmz67 08 hingga 29 Okt 2025
Panduan Dokumen Rujuk Senarai Semak untuk arahan penghantaran dokumen: https://tiny.cc/5ajt001 Rujuk Senarai Semak
Perkembangan / Keputusan / Rayuan Ibu bapa/penjaga dijemput menyertai Channel Telegram: https://t.me/+UIaVLzzPFtpmMDNl Sepanjang Tempoh

Peringatan Penting

Semua pemohon dinasihatkan untuk mematuhi tarikh-tarikh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan permohonan ditolak kerana kelewatan. Tarikh tutup permohonan bagi semua kategori adalah pada 29 Oktober 2025. Ujian Hafazan dan Temuduga dijangka akan dilaksanakan pada bulan November 2025.

📌 Baca juga: Rujukan Umum Proses Permohonan, Temuduga, Keputusan dan Rayuan

Pihak Unit Hal Ehwal Murid SMA Nilai mengucapkan terima kasih atas kerjasama anda dalam menjayakan proses permohonan ini.

Daripada,
Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SMA Nilai