• SEKOLAH

  • GURU & PELAJAR

  • IBU BAPA & PENJAGA

  • Berilmu, Beriman, Beramal
    SMA Nilai Terus Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
    1973
    Tahun Penubuhan
    300
    Kuota Pelajar
    53
    Tenaga Pengajar
    6
    Anggota Pelaksana

    Artikel

    Latar Belakang dan Sejarah Sekolah

    Pengenalan Sekolah

    Gambar latar belakang logo Sekolah Menengah Agama Nilai

    Sekolah Menengah Agama Nilai (SMA Nilai; Jawi: سكوله منڠه اڬم نيلاي) merupakan institusi pendidikan berstatus Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah kategori Kelas Seliaan Negeri (KSN). Ia menawarkan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) yang menggabungkan dua komponen mata pelajaran tahfiz Al-Quran dengan sebahagian mata pelajaran sedia ada dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) untuk pelajar tingkatan 1 hingga 5.


    Sejarah SMA Nilai

    1973 - Bermulanya Disini

    Pada 5 Mei 1973, sebuah impian besar bermula dari tempat yang kecil. Sekolah Menengah Rendah Agama (SMRA) Nilai ditubuhkan, menumpang di Balai Raya Nilai. Pada ketika itu, ia hanya didukung oleh 5 orang guru dan 40 orang murid yang bersemangat, melakar sejarah awal pendidikan Islam di Nilai.

    2010 - Era Baharu SMA Nilai

    Setelah lama beroperasi, SMRA Nilai telah melalui suatu transformasi yang signifikan. Pada tahun 2010, sekolah ini telah dijenamakan semula sebagai Sekolah Menengah Agama Nilai. Penjenamaan semula ini selaras dengan penaiktarafan SMA Nilai sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Naik taraf ini membuka ruang kepada peningkatan kualiti pendidikan, kemudahan prasarana, serta sokongan pentadbiran yang lebih mantap selaras dengan aspirasi pendidikan Islam di Malaysia.

    2016 - Pengenalan Kurikulum Tahfiz

    Pada tahun 2016, satu detik bersejarah telah tercatat apabila SMA Nilai mula memperkenalkan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) kepada pelajar baharu Tingkatan 1. Sebagai sebahagian daripada pendekatan pendidikan holistik, pelajar yang mengikuti KBT diwajibkan menetap di asrama. Inisiatif ini memperkukuh identiti sekolah sebagai institusi yang menggabungkan hafazan Al-Quran dengan kecemerlangan akademik, selari dengan aspirasi melahirkan generasi Ulul Albab.

    2020 - SMA Nilai Sekolah Tahfiz Sepenuhnya

    Bermula tahun 2020, SMA Nilai mula beroperasi sepenuhnya sebagai sebuah sekolah tahfiz melalui pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) bagi pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Tahun ini mencatatkan detik bersejarah apabila generasi pertama pelajar tahfiz menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekali gus menandakan permulaan pencapaian penting dalam landskap pendidikan tahfiz sekolah ini.

    SMA Nilai Kini

    SMA Nilai hari ini terus kekal relevan dengan keperluan semasa melalui penambahbaikan berterusan pada infrastruktur, teknologi, dan pedagogi. Institusi ini berdedikasi untuk melahirkan pemimpin masa depan yang seimbang, berbekalkan kecemerlangan akademik, integriti akhlak, dan kekuatan rohani.


    Pengetua Terdahulu & Terkini

    Ustaz Mohamad Yapis
    Ustaz Adnan Wok
    Ustaz Haji Mohd Ratha Haji Othman
    Ustaz Osman Sirin
    Ustaz Abdul Kudus Tahar
    Ustaz Haji Mohamad Surol Miri
    Ustazah Zawiah binti Ibrahim
    Ustazah Maliah binti Udin
    Ustaz Abdul Halim bin Othman
    Ustaz Jamil bin Othman
    Pn Hjh Suriyah binti Hj Ghazali
    Pn Rafidah binti Ab Rahman
    Tn Hj Mohammad Noh bin Sujud (Terkini)

    Kategori Sekolah

    Kelas Seliaan Negeri (KSN)

    • Program khas untuk pelajar cemerlang.
    • Memastikan kualiti pendidikan tinggi.
    • Pencalonan hanya oleh guru sekolah rendah.
    • KSN merangkumi beberapa jenis kelas, termasuk:
      • ✅ Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
      • Kelas Rancangan Khas (KRK)
      • Kelas Aliran Agama (KAA)

    Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

    • Inisiatif kerajaan memperkasakan sekolah agama.
    • Ditadbir oleh KPM, kurikulum agama negeri dikekalkan.
    • Menerima pelbagai bantuan dan kemudahan.
    • Bertujuan meningkatkan kualiti pengurusan dan P&P.

    Statistik Murid

    Perkembangan Bilangan Murid Mengikut Tahun

    Kurikulum & Subjek

    Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)

    Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) ialah satu kurikulum yang mengintegrasikan hafazan al-Quran dengan mata pelajaran akademik sedia ada di bawah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) (dahulunya KBSM) untuk melahirkan pelajar yang menguasai hafazan al-Quran dan ilmu-ilmu lain, sekali gus memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tahfiz.

    Objektif Utama KBT

    • Melahirkan modal insan yang menghafaz dan memahami 30 juzuk Al-Quran.
    • Melahirkan insan yang seimbang dalam hubungan dengan Allah, manusia, dan alam.
    • Melahirkan profesional mahir berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

    Bahasa Penghantar

    • Bahasa Arab: Mata pelajaran tahfiz.
    • Bahasa Melayu/Inggeris: Mata pelajaran KBSM.


    Mata Pelajaran di SMA Nilai

    Tingkatan 1 - 3

    • Hifz Al-Quran
    • Maharat Al-Quran
    • Pendidikan Islam
    • Bahasa Arab
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Sains
    • Geografi
    • Sejarah
    • Reka Bentuk Teknologi (RBT)
    • Pendidikan Jasmani / Kesihatan (PJK)
    • Pendidikan Seni Visual (PSV)

    Tingkatan 4 & 5

    • Hifz Al-Quran
    • Maharat Al-Quran
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Sejarah
    • Matematik
    • Sains
    • Bahasa Arab
    • Pendidikan Quran Sunnah
    • Pendidikan Syariah Islamiah
    • Prinsip Akaun*
    • Perniagaan*
    • Matematik Tambahan**

    *Pilih salah satu (Prinsip Akaun atau Perniagaan)
    **Subjek pilihan

    Hala Tuju & Pencapaian Sekolah

    Hasrat Kecemerlangan

    • Mengekalkan SABK No. 1 di Negeri Sembilan dalam keputusan SPM.
    • Mengekalkan Top 10 terbaik SABK peringkat kebangsaan dalam keputusan SPM.
    • Mengekalkan Top 5 pencapaian khatam 30 Juzuk di peringkat kebangsaan.
    • Mengekalkan Top 10 terbaik sekolah menengah Negeri Sembilan dalam keputusan SPM.
    • Mencapai 100% KPI Hafazan Bulanan bagi pelajar Menengah Atas.
    • Mengekalkan Sifar Kes Disiplin Berat dan Sederhana.
    • Mengekalkan Purata Kehadiran Melebihi 96% Setahun.
    • Mengekalkan lebih 80% Amalan Terbaik Sahsiah Terpuji Murid.

    Kurikulum

    Pencapaian & Sasaran GPS SPM

    Nota: Nilai Gred Purata Sekolah (GPS) yang lebih kecil menunjukkan prestasi yang lebih baik.

    Sasaran Utama Akademik

    Bidang Sasaran
    SPM
    • Sasaran GPS Tahun 2025 - 1.53
    • Peningkatan peratusan murid mendapat semua A: 5 orang
    UASA
    • Sasaran GPS tahun 2025
    • Murid lulus sekurang-kurangnya 6 mata Pelajaran
    • Peningkatan peratus pencapaian murid
    TAHFIZ
    • Peningkatan 5% murid Khatam hafazan 30 juzuk
    • 70% murid tingkatan 1 hingga 3 mencapai KPI bulanan
    • Semua murid tingkatan 4 dan 5 mencapai KPI bulanan
    • Semua murid tingkatan 5 mencapai KHATAM Hafazan 30 juzuk
    PBD
    • 10% murid mencapai TP 6 bagi setiap tingkatan 1 hingga 5
    • Peningkatan TP murid bagi setiap tingkatan
    • Semua murid mendapat sekurang-kurangnya TP 3 bagi setiap subjek

    Sahsiah & Hal Ehwal Murid

    SAHSIAH

    • Kehadiran - melepasi purata 96% kehadiran 2024.
    • Program intervensi ke arah sifar kes buli dan gangguan seksual.
    • Tiada kes ponteng Kelas Malam (Tahriri & Prep).
    • Pengurangan 5% kes disiplin di sekolah dan asrama.
    • Mencapai 80% terpuji Amalan Baik.
    • Melaksanakan program secara konsisten (Budaya) bagi membentuk peribadi/sahsiah murid – Program 5S dan Program Tadabbur al-Quran.

    HAL EHWAL MURID

    • Peningkatan keceriaan dorm di Asrama.
    • Peningkatan Pengurusan Kebersihan dan Keceriaan Kelas.
    • Memastikan semua murid yang layak dapat menerima bantuan kewangan.
    • Mencapai piawaian KKM Gred A untuk Kantin dan Dewan Makan.
    • Amalan Sekolah Selamat.
    • Mencapai tahap Asrama Selamat.

    Kokurikulum

    Sasaran Pencapaian

    • Meningkatkan GPS Kokurikulum Tahun 2025 - 1.20 (2024- 1.23)
    • 90 peratus murid Tingkatan 4 dan 5 Murid mendapat Gred A
    • Keseluruhan murid mendapat sekurang-kurangnya Gred B
    • Mencapai sekurang-kurang tiga Johan dalam KESSUMA (JHEAINS)
    • Mencapai sekurang-kurangnya 2 Johan dalam MSSD
    • Mencapai sekurang-kurangnya 5 orang murid mendapat tempat di peringkat Kebangsaan
    • Mengekalkan pencapaian Johan Keseluruhan ILSS Daerah
    • Mengekalkan penyertaan 50% Daerah, 40% Negeri, 30% Kebangsaan

    Maklumat Korporat

    Visi, Misi & Objektif

    Kami di Sekolah Menengah Agama Nilai sentiasa komited dalam mencapai dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seperti berikut:

    Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

    Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

    • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
    • Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
    • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan negara.
    • Memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
    • Menyediakan kemudahan pendidikan dan latihan.
    • Menyediakan program pendidikan yang cekap, berkesan, dan berkualiti.

    Falsafah Pendidikan

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan 🤝

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

    Falsafah Pendidikan Sekolah 🌱

    Menyedari bahawa setiap murid mempunyai potensi untuk menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa, dan negara. Kesungguhan dan keikhlasan guru melaksanakan tugas mendidik melalui pendidikan duniawi dan ukhrawi akan mampu melahirkan insan kamil yang berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan, kreatif, dan inovatif ke arah kesejahteraan diri, agama, bangsa, dan negara.


    Prinsip Teras

    Moto 🎯

    Bersama Bekerja Membangunkan SMA Nilai

    Slogan 🗣️

    Berilmu, Beriman dan Beramal

    SMA Nilai Terus Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang


    Matlamat & Objektif Strategik

    Matlamat 🏆

    • Melahirkan generasi al-Quran yang berilmu, berkemahiran, dan berakhlak mulia melalui pembudayaan al-Quran dalam kehidupan.
    • Mengupayakan kualiti kepimpinan dan guru secara berkesan melalui sokongan dan penglibatan komuniti secara mampan.
    • Mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang bermakna untuk manfaat diri, agama, bangsa, dan negara.

    Objektif ✨

    • Murid dapat mencapai kelulusan yang cemerlang dalam akademik serta tahfiz dan kokurikulum.
    • Murid mempunyai sahsiah terpuji, berketrampilan, dan berwawasan tinggi melalui penerapan budaya al-Quran.
    • Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, bersih, dan kondusif bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran bermakna.
    • Mewujudkan pengurusan yang cekap, tepat, dan berintegriti.

    Piagam Pelanggan

    Kami, pendidik dan kakitangan sekolah ini, berikrar dan berazam untuk melaksanakan segala amanah dalam mendidik anak didik kami.

    • Memberi perkhidmatan yang berkualiti, mesra, dan penyayang kepada semua murid.
    • Memberi motivasi, bimbingan, dan didikan kepada semua murid.
    • Sentiasa menjaga kebajikan dan keselamatan murid.
    • Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif terhadap kehendak serta keperluan murid dan ibu bapa.
    • Menyediakan kemudahan kurikulum, kokurikulum, dan asrama yang selesa, lengkap, serta mencukupi mengikut keperluan murid.
    • Menguruskan kerja dengan cepat dan tepat.
    • Merancang serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik.
    • Menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
    • Menyelesaikan kandungan kurikulum mengikut jadual yang ditetapkan atau sebelum 31 Ogos.
    • Berusaha untuk mencapai 100% kejayaan murid dalam SPM.
    • Berusaha meningkatkan penguasaan murid dalam UASA.

    Kami pendidik dan kakitangan sekolah ini berikrar dan berazam akan melaksanakan segala amanah untuk mendidik anak didik kami melalui pendidikan serta perkhidmatan yang sempurna dan cemerlang dengan cara:

    • Memberikan perkhidmatan yang berkualiti, mesra dan penyayang kepada semua penghuni asrama.
    • Sentiasa menjaga kebajikan dan keselamatan penghuni asrama.
    • Menyediakan kemudahan kurikulum, kokurikulum dan asrama yang selesa, lengkap dan mencukupi mengikut keperluan pelajar.
    • Menguruskan kerja dengan cepat dan tepat.
    • Memastikan penghuni asrama mendapat keselesaan dan kemudahan yang sewajarnya.
    • Mengambil tindakan terhadap sebarang aduan berhubung bangunan dan kawasan asrama.
    • Memastikan kawasan asrama menjadi tempat selamat kepada penghuni asrama.
    • Memastikan tahap kebersihan dan keceriaan berada dalam keadaan baik dan terkawal.

    Logo & Lencana Sekolah

    Logo SMA Nilai
    Muat Turun Logo: .PNG

    Maksud Warna & Simbol

    • Kuning: Melambangkan kesetiaan dan ketaatan kepada raja serta negara.
    • Hijau: Menunjukkan bahawa pelajaran agama menjadi asas utama.
    • Obor: Melambangkan ilmu sebagai panduan hidup.
    • Al-Quran & Al-Hadis: Sumber utama dan kedua pembelajaran.
    • Bintang 9 Bucu: Mewakili kedudukan sekolah di Negeri Sembilan.
    • Bulan Sabit: Simbol agama Islam.
    • Bunga Padi: Melambangkan sahsiah yang tinggi dan terpuji.
    • Slogan: "Berilmu, Beriman, Beramal" menjadi pegangan utama.

    Bendera Sekolah

    Bendera SMA Nilai

    Maksud Bendera

    Bendera SMA Nilai berwarna kuning yang melambangkan kedaulatan, kesetiaan, dan ketaatan kepada raja dan negara. Di tengah bendera, terdapat logo dan nama sekolah yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.

    Bendera ini menjadi lambang perpaduan dan identiti sekolah, mencerminkan semangat kecemerlangan serta komitmen terhadap pendidikan yang berlandaskan ajaran Islam.


    Lagu Sekolah

    Video Lagu Sekolah

    Lirik Lagu

    Lirik (Arab) Rumi Terjemahan
    نحن الطلاب العلاNahnu tullabul ulaKami penuntut-penuntut yang mulia
    خير ركن للوطنKhair rukni lil-watanSebaik-baik teras bagi Negara
    تحت ظل الحق نمشيTahta zillil haqqi namshiKami berjalan di bawah naungan kebenaran
    لا نبالي بالمحنLa nubali bil-mihanKami tidak hiraukan sebarang rintangan
    شيمة الطلاب هي لا ترضى الهوانShimat ut-tullabi faya-laa tarda hawanDasar setiap penuntut adalah tidak rela dengan sebarang kelemahan
    مبدا الطلاب رفق قلوبهم رمز الانامMabda’ at-tullabi rifq qolubihim ramz ul-anamPersediaan semua penuntut dengan keterbukaan hati yang menjadi harapan umat manusia
    شيمة الطلاب مبدا الطلابShimat ut-tullab mabda’ ut-tullabDasar semua penuntut, persediaan semua penuntut
    عزم وثباتAzm wa thabatKeazaman dan keteguhan

    Susunan dan Terjemahan: YBhg. Ustaz Mohamad Surol bin Miri

     

    HASRAT KECEMERLANGAN SMA NILAI





    NO. 1 SABK (NS)

    Mengekalkan SABK No. 1 di Negeri Sembilan dalam keputusan SPM


    TOP 10 SABK (MY)

    Mengekalkan Top 10 terbaik SABK peringkat kebangsaan dalam keputusan SPM


    TOP 5 KHATAM (MY)

    Mengekalkan Top 5 pencapaian khatam 30 Juzuk di peringkat kebangsaan


    TOP 10 SEK. MEN. (NS)

    Mengekalkan Top 10 terbaik sekolah menengah Negeri Sembilan dalam keputusan SPM


    100% KPI HAFAZAN

    Mencapai 100% KPI Hafazan Bulanan bagi Menengah Atas


    0% KES DISIPLIN

    Mengekalkan Sifar Kes Disiplin Berat dan Sederhana


    96% KEHADIRAN

    Mengekalkan Purata Kehadiran Melebihi 96% Setahun


    80% SAHSIAH

    Mengekalkan lebih 80% Amalan Terbaik Sahsiah Terpuji Murid