Berilmu, Beriman, Beramal
SMA Nilai Terus Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
1973
Tahun Penubuhan
52
Tahun
262
Pelajar
53
Tenaga Pengajar

SMA NILAI SERTAI SHOWCASE KARNIVAL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025

Tarikh: 9.10.25

 

BANDAR SRI SENDAYAN – Sekolah Menengah Agama (SMA) Nilai telah menyertai Karnival Madani Hadis 40 Imam Nawawi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025, sebuah program julung kali dianjurkan bagi memperkukuh kefahaman dan penghayatan terhadap Hadis 40 dalam kalangan pelajar sekolah. Karnival ini bertujuan meningkatkan pengetahuan murid melalui pendekatan interaktif serta menanam kecintaan terhadap sunnah Nabi Muhammad SAW. Ia juga menjadi platform untuk membudayakan ilmu dan memperkasa pendidikan Islam di peringkat sekolah.

SMA Nilai merupakan salah satu sekolah yang mengambil bahagian dalam segmen Sekolah Showcase bersama SK Bandar Sri Sendayan, SMKA Sheikh Haji Mohd Said, SMK Seri Pagi, dan SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail. Setiap sekolah mempamerkan inisiatif terbaik mereka dalam menghayati Hadis 40, termasuk aktiviti pembelajaran kreatif, projek kolaboratif, dan pendekatan berasaskan nilai.

Pihak sekolah berbesar hati dapat menyertai penganjuran ini dan bersedia berkongsi usaha dalam membentuk generasi yang mencintai dan mengamalkan hadis. Showcase Karnival ini telah berlangsung pada 8 Oktober 2025 (Rabu) bertempat di SK Bandar Baru Sendayan.