KEDAH, 9 Ogos 2025 – Sekolah Menengah Agama Nilai (SMA Nilai) telah mencipta sejarah apabila berjaya merangkul gelaran Naib Johan dalam pertandingan Hiwar Sekolah Menengah Terbuka di Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah (ILSS) Peringkat Kebangsaan 2025. Kejayaan ini merupakan pencapaian pertama SMA Nilai di peringkat kebangsaan dalam pertandingan bahasa Arab berprestij anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini.
Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah (ILSS) Kementerian Pendidikan (KPM) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 ini berlangsung pada 8 hingga 10 Ogos 2025 bersamaan 14 hingga 16 Safar 1447 Hijrah.
Pencapaian membanggakan ini adalah bukti komitmen SMA Nilai sebagai institusi pendidikan Islam yang unggul, dengan penekanan terhadap kecemerlangan akademik, hafazan Al-Quran, dan kokurikulum.