Berilmu, Beriman, Beramal
SMA Nilai Terus Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
1973
Tahun Penubuhan
52
Tahun
262
Pelajar
53
Tenaga Pengajar

SMA NILAI RAIH NAIB JOHAN PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 1

Tarikh: 7.8.25

SEREMBAN - Pasukan Choral Speaking Sekolah Menengah Agama Nilai (SMA Nilai) telah berjaya meraih Naib Johan dalam Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah Seremban 1. Pencapaian membanggakan ini dicapai dengan membawakan tema 'Anti-Corruption Heroes of the MADANI Generation: Gracious in Speech, Firm in Integrity'.




Pencapaian ini menunjukkan komitmen dan usaha gigih para pelajar serta bimbingan guru yang tidak jemu. Kemenangan ini bukan sahaja mengharumkan nama sekolah, malah menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.


Pihak sekolah merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua ahli pasukan yang telah berusaha keras sehingga membuahkan hasil yang manis. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus maju pada masa hadapan.