Berilmu, Beriman, Beramal
SMA Nilai Terus Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
1973
Tahun Penubuhan
300
Kuota Pelajar
53
Tenaga Pengajar
6
Anggota Pelaksana

Peraturan Penting Sekolah & Asrama SMA Nilai (Panduan Ibu Bapa / Penjaga)

Banner Peraturan Sekolah dan Asrama SMAN

Peraturan-Peraturan Penting Sekolah dan Asrama (Panduan Ibu Bapa / Penjaga)

Sekolah Menengah Agama Nilai menekankan disiplin dan keselarasan dalam kehidupan sama ada di sekolah atau asrama. Berikut adalah beberapa peraturan utama yang perlu dipatuhi oleh semua murid.

#WAJIB mematuhi peraturan sekolah dan asrama SMA Nilai

Panduan dan Etika Pakaian Sekolah

Pakaian Seragam Sekolah

ISN
Seragam Rasmi
SEL
Seragam Sukan
RAB

Seragam Unit Beruniform Lengkap / Separa

(Tertakluk pada arahan sekolah)

KHA

Seragam Sukan

JUM
Lelaki: Seragam Baju Melayu
Perempuan: Seragam Rasmi

Pakaian Luar Waktu Sekolah / Mengikut Situasi

Waktu / Situasi Murid Lelaki Murid Perempuan
Harian Baju-T berkolar, Seluar panjang hitam / seluar sukan. Baju kurung / jubah / muslimah (melepasi paras lutut), Kain hitam, Tudung labuh (melepasi paras pinggang dan siku).
Kelas Tambahan / Bengkel Baju 'T' rasmi sekolah / berkolar, Seluar panjang hitam / sukan. Baju 'T' rasmi sekolah / muslimah (melepasi paras lutut), Kain hitam, Tudung labuh (melepasi paras pinggang dan siku).
Waktu Solat & Prep Malam Baju Melayu / Jubah / Kurta, Kopiah sekolah. Baju kurung / Jubah, Tudung labuh (melepasi paras pinggang dan siku).
Aktiviti Sukan / Riadah Baju 'T' berkolar, Seluar sukan panjang, Kasut sukan. Baju muslimah (melepasi paras lutut), Seluar sukan panjang, Kasut sukan.

Soalan Lazim (FAQ) & Keterangan Pakaian

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SMA NILAI 2025 DI RANTAU AGRO PARK SEREMBAN



RANTAU – Rantau Agro Park menjadi saksi kepada kemeriahan dan semangat juang pelajar SMA Nilai dalam Perkhemahan Perdana Unit Beruniform yang berlangsung selama dua hari, dari 24 hingga 25 Oktober 2025. Dikelilingi kehijauan alam dan suasana yang mendamaikan, perkhemahan ini berjaya menghimpunkan pelajar dari pelbagai unit beruniform seperti Kadet Polis, Pengakap, Puteri Islam, Briged Bakti Malaysia dan Kadet Remaja Sekolah.

Program anjuran Unit Kokurikulum SMA Nilai ini bertujuan memupuk nilai kepimpinan, disiplin, dan kerjasama dalam kalangan pelajar melalui pelbagai aktiviti berasaskan pembentukan sahsiah dan semangat berpasukan.


Pengetua SMA Nilai, Tn. Hj. Mohammad Noh bin Sujud dalam ucapannya menzahirkan rasa bangga terhadap komitmen dan semangat pelajar sepanjang program. Beliau turut menyatakan harapan agar perkhemahan ini menjadi platform untuk membentuk sahsiah unggul dan semangat setia kawan dalam kalangan pelajar.

Dengan sambutan hangat dan penyertaan aktif, Perkhemahan Perdana 2025 ini bukan sahaja mencipta kenangan manis, malah mengukuhkan semangat SMA Nilai sebagai institusi yang mendidik bukan sekadar di bilik darjah, tetapi juga di medan kehidupan sebenar.