NILAI, 29 Ogos 2025 – Sekolah Menengah Agama (SMA) Nilai terus melangkah proaktif dalam usaha memerangi ancaman dadah dengan melancarkan Skuad Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 2025. Majlis perasmian penuh simbolik itu berlangsung di Surau Ar-Raudhah, SMA Nilai.
Perasmian disempurnakan oleh Pengetua SMA Nilai, Tuan Haji Mohammad Noh bin Sujud. Dalam ucapan gimik pelancaran, beliau menegaskan komitmen tinggi pihak sekolah untuk memastikan agenda Sekolah Bebas Dadah dapat direalisasikan sepenuhnya.
Tujuan Penubuhan Skuad PPDa
Skuad ini ditubuhkan bagi:
-
Membantu melancarkan pengurusan program PPDa di peringkat sekolah.
-
Melahirkan murid yang berperanan sebagai pemimpin rakan sebaya, sekali gus menjadi ejen perubahan positif dalam kalangan pelajar.
Pihak sekolah juga menaruh harapan agar program ini terus diperkasa melalui pelbagai aktiviti berimpak tinggi yang mampu menarik penyertaan lebih menyeluruh dalam kalangan murid.
Usaha ini sejajar dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah Kebangsaan, sekali gus mengukuhkan aspirasi ke arah merealisasikan visi “Sekolah Bebas Dadah”.