Nilai, 25 Julai 2025 – Dalam usaha memperkukuh kolaborasi antara pihak sekolah dan ibu bapa, Sekolah Menengah Agama Nilai (SMA Nilai) telah menganjurkan program Aspirasi Jalinan Cemerlang Ujian Pertengahan Tahun yang berlangsung dengan penuh bermakna dan berinformasi.
Program ini bertujuan membuka ruang perbincangan terbuka antara guru, pelajar, dan ibu bapa bagi memperkukuh sokongan terhadap pencapaian akademik pelajar. Kehadiran ibu bapa dalam program ini jelas menunjukkan komitmen tinggi terhadap pendidikan anak-anak, sejajar dengan aspirasi SMA Nilai untuk melahirkan generasi cemerlang dari sudut ilmu duniawi dan ukhrawi. Antara pengisian program adalah ucapan daripada barisan pentadbir sekolah.
Melalui inisiatif seperti ini, pihak sekolah berharap usaha yang dijalankan hari ini akan menjadi pemangkin kepada kejayaan lebih besar pada masa hadapan.
Program ini juga selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkukuhkan hubungan tiga hala antara guru, pelajar dan ibu bapa ke arah membina generasi rabbani, berilmu dan berakhlak.