1. PENGENALAN
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Melalui TS25, sekolah yang terlibat diharapkan dapat mengaplikasikan amalan terbaik dalam pengurusan, kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP), selari dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025.
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:
- Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
- Kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan
- Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
- Komitmen komuniti yang padu
SMA Nilai telah terpilih sebagai sekolah dalam kohort ke-7 Program TS25. Pihak sekolah komited menjayakan program ini selaras dengan matlamat meningkatkan kemenjadian murid dan kualiti sekolah.
2. OBJEKTIF
Objektif Program Transformasi Sekolah adalah:
- Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik
- Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta kepimpinan
- Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid
3. MATLAMAT
Berdasarkan objektif TS25, KPM menetapkan matlamat utama yang perlu dicapai menjelang 2025:
- Memantapkan kepimpinan sekolah
- Memaksimumkan kualiti guru
- Mengukuhkan pelibatan PIBG, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid
- Mewujudkan PdPc yang bermakna dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif
4. KONSEP PROGRAM
Konsep TS25 bertujuan melahirkan modal insan unggul melalui transformasi dalam lima teras utama:
- Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
- Penglibatan aktif dan bermakna murid dalam pembelajaran
- Kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan
- Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
- Komitmen komuniti yang padu
5. PELAKSANAAN PROGRAM
- Program TS25 diterajui oleh beberapa Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti berdasarkan fungsi masing-masing.
- Antara aktiviti utama Program TS25 ialah:
- Latihan kepada Pemimpin Sekolah dan Guru (bersemuka dan secara dalam talian)
- Pembangunan Kapasiti kepada Pembimbing Instruksional dan Pembimbing Pedagogi
- Perkongsian Amalan Terbaik dari Sekolah Program TS25 (Konvensyen, Seminar, Kolokium, Karnival dan Showcase)
- Kajian Impak dan Keberkesanan Program TS25
- Sokongan Profesional (Bimbingan dan Kunjung Bantu secara berpusat atau berkelompok oleh Rakan ELIT (RE) sama ada dengan kaedah bersemuka atau secara dalam talian)
- Pemeriksaan (SKPMg2) dan Penilaian Program