Visi, Misi & Objektif
Kami di Sekolah Menengah Agama Nilai sentiasa komited dalam mencapai dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seperti berikut:
Falsafah Pendidikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan 🤝
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Sekolah 🌱
Menyedari bahawa setiap murid mempunyai potensi untuk menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa, dan negara. Kesungguhan dan keikhlasan guru melaksanakan tugas mendidik melalui pendidikan duniawi dan ukhrawi akan mampu melahirkan insan kamil yang berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan, kreatif, dan inovatif ke arah kesejahteraan diri, agama, bangsa, dan negara.
Prinsip Teras
Moto 🎯
Bersama Bekerja Membangunkan SMA Nilai
Slogan 🗣️
Berilmu, Beriman dan Beramal
SMA Nilai Terus Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
Matlamat & Objektif Strategik
Matlamat 🏆
- Melahirkan generasi al-Quran yang berilmu, berkemahiran, dan berakhlak mulia melalui pembudayaan al-Quran dalam kehidupan.
- Mengupayakan kualiti kepimpinan dan guru secara berkesan melalui sokongan dan penglibatan komuniti secara mampan.
- Mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang bermakna untuk manfaat diri, agama, bangsa, dan negara.
Objektif ✨
- Murid dapat mencapai kelulusan yang cemerlang dalam akademik serta tahfiz dan kokurikulum.
- Murid mempunyai sahsiah terpuji, berketrampilan, dan berwawasan tinggi melalui penerapan budaya al-Quran.
- Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, bersih, dan kondusif bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran bermakna.
- Mewujudkan pengurusan yang cekap, tepat, dan berintegriti.
Piagam Pelanggan
Logo & Lencana Sekolah
Maksud Warna & Simbol
- Kuning: Melambangkan kesetiaan dan ketaatan kepada raja serta negara.
- Hijau: Menunjukkan bahawa pelajaran agama menjadi asas utama.
- Obor: Melambangkan ilmu sebagai panduan hidup.
- Al-Quran & Al-Hadis: Sumber utama dan kedua pembelajaran.
- Bintang 9 Bucu: Mewakili kedudukan sekolah di Negeri Sembilan.
- Bulan Sabit: Simbol agama Islam.
- Bunga Padi: Melambangkan sahsiah yang tinggi dan terpuji.
- Slogan: "Berilmu, Beriman, Beramal" menjadi pegangan utama.
Bendera Sekolah
%20(72%20x%2036%20in).png)
Maksud Bendera
Bendera SMA Nilai berwarna kuning yang melambangkan kedaulatan, kesetiaan, dan ketaatan kepada raja dan negara. Di tengah bendera, terdapat logo dan nama sekolah yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.
Bendera ini menjadi lambang perpaduan dan identiti sekolah, mencerminkan semangat kecemerlangan serta komitmen terhadap pendidikan yang berlandaskan ajaran Islam.
Lagu Sekolah
Video Lagu Sekolah
Lirik Lagu
Lirik (Arab) | Rumi | Terjemahan |
---|---|---|
نحن الطلاب العلا | Nahnu tullabul ula | Kami penuntut-penuntut yang mulia |
خير ركن للوطن | Khair rukni lil-watan | Sebaik-baik teras bagi Negara |
تحت ظل الحق نمشي | Tahta zillil haqqi namshi | Kami berjalan di bawah naungan kebenaran |
لا نبالي بالمحن | La nubali bil-mihan | Kami tidak hiraukan sebarang rintangan |
شيمة الطلاب هي لا ترضى الهوان | Shimat ut-tullabi faya-laa tarda hawan | Dasar setiap penuntut adalah tidak rela dengan sebarang kelemahan |
مبدا الطلاب رفق قلوبهم رمز الانام | Mabda’ at-tullabi rifq qolubihim ramz ul-anam | Persediaan semua penuntut dengan keterbukaan hati yang menjadi harapan umat manusia |
شيمة الطلاب مبدا الطلاب | Shimat ut-tullab mabda’ ut-tullab | Dasar semua penuntut, persediaan semua penuntut |
عزم وثبات | Azm wa thabat | Keazaman dan keteguhan |
Susunan dan Terjemahan: YBhg. Ustaz Mohamad Surol bin Miri