Berilmu, Beriman, Beramal
SMA Nilai Terus Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
1973
Tahun Penubuhan
52
Tahun
263
Pelajar
51
Tenaga Pengajar

PASUKAN TAHFIZ GAMING DARI SMA NILAI RAIH KEMENANGAN DI EDUGC 2025

Tarikh: 8.10.25


Nilai – Sekolah Menengah Agama Nilai (SMA Nilai) sekali lagi mengharumkan nama sekolah apabila pasukan hebatnya, TAHFIZ GAMING, dinobatkan sebagai pemenang dalam Kategori Sekolah Menengah di pertandingan National Education e-Gamification Challenge (EduGC 2025). Pertandingan berprestij anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerusi Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran ini bertemakan "Interactive Education Empowering Madani Intellect".

Pasukan TAHFIZ GAMING, dengan projek inovatif mereka yang berjudul "KLU TAHFIZ SPM", telah berjaya menarik perhatian juri sekaligus dinobatkan sebagai juara dalam ketegori ini. Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan bakat dan kreativiti pelajar SMA Nilai dalam bidang e-gamification, tetapi juga menunjukkan keupayaan mereka menggabungkan ilmu akademik dengan teknologi interaktif.

EduGC 2025, yang merupakan acara kemuncak dalam usaha mempromosikan pendidikan interaktif dan memperkasa intelek madani, telah menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM10,000. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato' Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani.

Kejayaan TAHFIZ GAMING dari SMA Nilai ini diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berinovasi dan mengambil bahagian dalam platform-platform yang menggalakkan pembangunan kemahiran abad ke-21. Ini juga memperkukuhkan kedudukan SMA Nilai sebagai institusi yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang agama, malah progresif dalam mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan.

Syabas diucapkan kepada TAHFIZ GAMING dan seluruh warga SMA Nilai atas pencapaian gemilang ini!