NILAI, 24 September 2025 - Sekolah Menengah Agama Nilai (SMA Nilai) berasa amat gembira dengan pencapaian cemerlang pelajarnya, Alysa Damia binti Abd Rahman, yang telah berjaya meraih gelaran Naib Johan dalam Storytelling Competition anjuran MILA University di Nilai.
Pertandingan yang diadakan pada hari ini bertujuan untuk mencungkil bakat serta meningkatkan keyakinan peserta dalam berbahasa Inggeris. Ia juga menjadi platform penting bagi pelajar sekolah menengah untuk mengasah kemahiran komunikasi dan persembahan mereka.
Alysa Damia telah membuktikan bahawa pelajar SMA Nilai mampu berdiri sama tinggi dan bersaing sengit dalam pertandingan berbahasa Inggeris. Pihak sekolah menyifatkan kejayaan ini sebagai satu impak positif terhadap usaha sekolah dalam pembangunan kemahiran bahasa murid-murid.
SMA Nilai turut menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada dua guru pembimbing yang dedikasi, iaitu Cikgu Nadiah dan Cikgu Fazillah, atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada semua peserta dari sekolah tersebut.
Pihak sekolah berharap pengalaman yang diperoleh oleh semua peserta, termasuk yang tidak berjaya, akan menjadi pendorong untuk mereka terus maju dan cemerlang, sejajar dengan hasrat pembangunan pelajar di bawah kurikulum bersepadu tahfiz yang turut menekankan kemahiran insaniah.
#SMANTerusMaju #PembinaGenerasiAlQuran