Berilmu, Beriman, Beramal
SMA Nilai Terus Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
1973
Tahun Penubuhan
52
Tahun
263
Pelajar
51
Tenaga Pengajar

SMA Nilai Raikan Perkongsian Ilmu Bersama UiTM Dengkil dalam Program Level-Up Your Potential Power

Tarikh: 13.1.25



Nilai – Sekolah Menengah Agama (SMA) Nilai berasa amat bertuah apabila diberi peluang menyertai program Level-Up Your Potential Power anjuran Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil pada 11 Januari 2025. Program ini melibatkan penyertaan seramai empat pensyarah dan 29 ahli Kelab Khidmat Masyarakat UiTM bersama barisan pelajar pemimpin SMA Nilai dalam usaha memperkasa potensi kepimpinan dan komunikasi dalam kalangan pelajar.


Program yang berlangsung penuh semangat ini menampilkan dua slot utama yang memberi impak besar kepada peserta. Slot pertama, Leadership in Me dikendalikan oleh Puan Sharifah Shatrah binti Syed Hamid, pensyarah Undang-Undang, yang membimbing pelajar mengenal pasti kekuatan diri dan membina ciri-ciri kepimpinan yang berkesan. Slot kedua pula, Communication Skill Talk, disampaikan oleh tiga pensyarah dari Akademi Pengajian Bahasa — Puan Sri Fitriaty binti Mohd Kenali, Puan Rasyiqah binti Md Zolkapli, dan Puan Nurul Farhanah binti Abdul Hadi — yang menekankan kepentingan komunikasi berkesan dalam membentuk pemimpin yang berwibawa.


Bagi para pelajar SMA Nilai, program ini bukan sahaja membuka ruang untuk memperkukuh kemahiran insaniah seperti keyakinan diri dan pemikiran kritis, malah turut memberi inspirasi untuk terus cemerlang dalam kepimpinan. Dalam masa yang sama, para fasilitator dari UiTM turut mendapat manfaat melalui pengalaman mengendalikan program, sekali gus mengasah kemahiran pengurusan dan kerja berpasukan mereka.


Pihak SMA Nilai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil atas sokongan dan komitmen dalam menjayakan program ini. Diharapkan kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkukuh jaringan pendidikan antara institusi pengajian tinggi dan sekolah menengah.