Berilmu, Beriman, Beramal
SMA Nilai Terus Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
1973
Tahun Penubuhan
52
Tahun
263
Pelajar
51
Tenaga Pengajar

SMA Nilai Sertai Program HIP Bersama UiTM Seremban: Asah Kemahiran Bahasa Inggeris Secara Interaktif

Tarikh: 24.6.24


Nilai, 22 Jun 2024 – Seramai 80 pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Nilai telah menyertai program Highly Immersive Program (HIP) anjuran Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Seremban, dalam satu inisiatif University Social Responsibility (USR) yang bertujuan memperkasa penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Program yang berlangsung dalam suasana santai dan interaktif ini telah membuka ruang pembelajaran yang berbeza daripada kebiasaan. Pelajar dibekalkan dengan majalah dan diberi tugasan membaca kritis serta penulisan kreatif yang dijalankan secara berkumpulan di beberapa checkpoint luar bilik darjah. Segmen utama program, iaitu CReW RD (Critical Reading and Creative Writing Using Reader’s Digest), menjadi tumpuan dengan pendekatan pembelajaran luar kelas yang menyeronokkan dan mencabar minda.

Bagi pelajar SMA Nilai, pengalaman ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran literasi dan komunikasi dalam bahasa Inggeris, malah turut mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan bekerja dalam pasukan. Aktiviti yang dijalankan telah berjaya mencetuskan minat membaca dan menulis dalam kalangan pelajar, sekali gus menyemai keyakinan untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam situasi sebenar.

Pihak sekolah amat menghargai kerjasama erat yang dijalin bersama UiTM Seremban dalam menjayakan program ini. Inisiatif ini bukan sahaja memberi impak positif kepada pelajar, malah memperkukuh hubungan antara institusi pengajian tinggi dan sekolah menengah dalam usaha memperkasa pendidikan komuniti.

SMA Nilai berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang, sebagai satu usaha berterusan untuk melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga bersedia menghadapi cabaran global dengan kemahiran komunikasi yang mantap.